Archive for the ‘Tarikh Hijrah’ Category
Siapa yang ramai guna?

Salam..
Siapakah di antara korang yang gunakan widget ni? (Klik Sini)
Siapakah di antara korang yang rasa korang guna widget ni, tapi sebenarnya bukan? Korang guna widget lain.
Jawapan:
- Soalan 1: Ramai la juga.. Kebanyakannya pengguna / penulis blog negara seberang.
- Soalan 2: Ramai juga.. Kebanyakannya pengguna / penulis blog Malaysia. Ramai ooo..
Jom guna Barangan Buatan Malaysia..
p/s – kalau nak guna logo buatan Malaysia tu kene ade lesen ke?
Kulit Baharu Widget Hijriah

1. Kulit baharu Widget Hijriah sudah dilancarkan. – http://hijriah.jentayu.com
2. Widget imej (WordPress.com) tidak lagi digunakan. Ada kod baru untuk anda.
3. Salam Maal Hijrah.
Semangat
Susah kan nak cari semangat, nak rajinkan diri untk buat sesuatu yang kita suka, tapi macam berat je nak buat.. (alah.. malas la tu..) Hal kerja jangan cerita lah, malas atau tak, kene buat.. Semangat atau tak, kene buat juga..
Setengah minggu ni aku plan nak up satu projek mini. Projek-projek kecil yang bakal dikumpul jadi projek besar.. Hasilnya, tengok belah kanan blog ni.. Sehati Berdansa (Berhati-hati Berdansa.. matilah!) Thanks kepada Taufik yang ajak aku upkan bende ni.. walaupun tak sekencang AF punya..
Next project! Aku nak buat satu agent (Seronok buat agent ni sejak aku handle kerja menaip code) untuk Projek Baby aku tu.. mai tengok sini -> http://www.facebook.com/KalenderHijriah ni pun dikira Mini Projek gak la sebab nanti masuk dalam Projek Baby tu juga.. Agent ni akan update Tarikh Hijriah harian bersama Hadis Harian (dibekalkan oleh JAKIM) untuk dimasukkan dalam status update Fan Page tu.. kalau menjadi alhamdulillah…
Projek-projek akan datang? nantikan di Widget Jentayu (http://widget.jentayu.com)
Menaja dan ditaja
Assalamualaikum..
Nak cerita sikitlah, pasal apa yang pernah berlaku di projek kecil-kecilan saya (http://hijriah.jentayu.com)
Projek ni sebenarnya saya cipta untuk anda gunakan dalam blog. Sebagai pemberitahuan tarikh dalam kalender hijrah, yang jarang-jarang kita ambil tahu. Apa yang saya buat? letakkan widget ini di server yang saya sewa pada ketika itu RM95 sebulan, dengan kadar bandwidth yang terhad. Tak sampai sebulan, penuh, sebab sambutan yang menggalakkan. Kemudian saya terpaksa pindahkan semua yang ada ini ke server bernilai RM300 sebulan. Hanya untuk anda.
Saya pernah bertanya dan membuat bancian, adakah anda mahukan servis berbayar atau percuma. Ramai yang nak percuma, tak nak bayar. OK, saya setuju dan akur. Saya sediakan servis percuma ini kepada anda dan saya perlu bayar RM300 sebulan untuk tampung servis ini.
Alhamdulillah, baru-baru ini saya telah ditaja oleh Travelog Haji. Bersetuju menampung apa yang termampu, namun ada syaratnya. Penajaan ini harus di”bayar” dengan promosi dan kempen. Itu sebabnya timbulnya apa yang anda lihat sekarang, dan saya pasti tiada masalah, hanta sisipan kecil sahaja.
Salam,
Sekiranya anda perasan, di bawah widget Tarikh Hijriah dipaparkan 1 video Youtube dan 1 Banner web mengenai Travelog Haji. Untuk makluman semua, pihak Widget Tarikh Hijriah memerlukan penaja untuk terus LIVE. Maka pihak Travelog Haji telah menaja laman web ini. Syaratnya, Banner hendaklah diletakkan di bawah widget sebagai promosi Travelog Haji.
Harap maklum
Dengan ini, saya memutuskan (buat waktu ini) untuk mengekalkan apa yang ada, sehingga siap sistem widget premium yang tidak akan ada iklan di dalamnya..
Wassalam..
Skrip Tarikh Hijrah – Proses Transformasi

Setelah beberapa bulan (lebih setahun kot) projek ni berjalan, tibalah masanya untuk satu proses transformasi. InsyaAllah tak lama lagi laman ini akan berwajah baharu.Terima kasih kepada Chapitone atas designnya.. MFR upah die tau! Dan beberapa fungsi terbaru InsyaAllah akan disertakan juga. (bergantung kepada kelapangan).
Korang perasan widget dalam tu lain sikit? Ya.. kali ini beberapa design widget akan digunakan dan beberapa widget akan dimasukkan sebagai Premium Widget. Ya, anda perl bayar sikit untuk dapatkan design2 yang lawo ni..
Mekanisma Premium Widget ini masih lagi dalam perancangan. Perlu kukuhkan beberapa kod dan juga data management yang khusus.
Okey, doakan proses transformasi ini berjaya ya.. Amin..
MFR: Masih agak kecewa dengan kekurangan bloggers Malaysia menggunakan servis ni walaupun percuma


