

July 15th, 2011
PaanMFR 
Drama ni khabarnya akan disiarkan mulai 27 Julai 2011, 10 malam di Astro Prima. Cerita dia pula macam mana? Meh baca bawah ni.
Kisah ini bermula apabila seorang hartawan Agus Raizal meninggal dunia akibat serangan jantung, selepas, apa yang disangka khalayak ramai, perkahwinan kedua beliau. Shark fikir Agus akan meninggalkan semua harta Agus kepadanya, kerana dia satu-satu anak Agus. Marina merasakan apabila dia berkahwin dengan lelaki tua itu, dia akan memiliki semua kekayaaan yang dicari-carinya selama ini
Tidak terlintas di fikiran mereka yang Agus mempunyai perancangan yang hebat untuk mereka. Walaupun dia telah meninggal dunia, dia masih mampu memperdayakan mereka. Dalam wasiatnya, mereka perlu tinggal sebumbung dan bekerjasma bagiĀ memajukan salah satu daripada perniagaannya sebelum segala hartanya dibahagikan.
Perkara ini menyusahkan Shark dan Marina yang menginginkan harta tersebut untuk diri mereka sendiri. Sementara mereka bertungkus-lumus menjatuhkan sesame sendiri, Sofiyan anak Cik Ros dibiarkan bersendirian meratapi kematian Agus. Sofiyan mempunyai karisma anak lelaki yang Agus impikan. Agus sentiasa melayan Sofiyan seperti anaknya sendiri, dimana Shark merasa jauh hati atas tindakan bapanya. Shark inginkan kasih sayang daripada Agus tetapi dia tidak faham kenapa dia diketepikan.
Kebencian Shark terhadap Sofiyan menjadi lebih teruk apabila teman wanita Shark, Hanna mula mencintai Sofiyan. Sofiyan dan Shark akan bergaduh antara satu sama lain untuk mendapatkan Hanna dan harta. Bagi Shark, ia tentang kuasa dan wang manakala bagi Sofiyan, ianya kerana kasih sayang dan tanah yang mereka duduki sebagai satu keluarga. Sayangnya, perkara sebenar tentang diri mereka tidak mereka ketahui.
Pelakon dia siapa?

Farid Kamil sebagai Shaqir bin Agus Raizal

Sara Ali sebagai Johanna Hassan

Beto Khusyairy sebagai Sofiyan Abdullah

Yasmin Hani sebagai Marina Malik
Dengar-dengarnya lagu tema drama Wasiat ni dinyanyikan oleh bintang AF9. Siapa? Lagu apa?
July 8th, 2011
PaanMFR 
Salam. Jika korang ada baca entry yang lepas mengenai misi Lord Of The Ring, pasti anda sudah mengagak apakah yang bakal berlaku kan? InsyaAllah Ahad ini aku akan melangkah ke satu fasa yang baru menuju misi terhebat Disember ini. Fasa persediaan ini bakal merubah maca-macam lah. Selesai saja fasa ini, satu Kertas Kerja akan dibuka untuk melaksanakan Misi Disember ini. Semua senarai akan dikenal pasti, dianalisa dan dilaksanakan secara berperingkat. So kawan-kawan, doakan la ye.. amin..
Semalam di rumah aku diadakan kenduri tahlil dan doa selamat sempena kedatangan Ramadhan merangkap sempena acara Ahad ini. Wah, dah lama dah xde kenduri khas untuk aku ni. Last time kenduri khas untuk aku ketika aku mengalami proses “potong” hahaha. Itu pun “share” dengan adik aku.. Kali ini memang “dedicated” untuk aku ah! hehehe
PaanMFR: Selamat menjadi tunangan orang!