Kembara Tarawih Di Masjidil Haram?

Kembara Tarawih Di Masjidil Haram?

Mesti best kan kalau dapat buat Kembara Tarawih di sana. Walaupun Ramadan tahun ni mungkin tak dapat buat Kembara Tarawih, tapi nak tulis juga kan. OK, kali ni ceritanya bukan pasal Kembara Tarawih pun, tapi pasal siaran langsung Solat Tarawih Dari Masjidil Haram di Mekah menerusi laman Youtube.

Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan ini, Google dengan kerjasama Kerajaan Arab Saudi menyediakan satu saluran khas memaparkan Solat Tarawih secara langsung dari Masjidil Haram di Mekah.

Jika kita di Malaysia ingin menonton, boleh menonton sekitar jam 1-2 pagi. Jika waktu sekarang (bukan waktu Solat Tarawih) suapan secara langsung tetap diadakan dengan memaparkan keadaan di dalam Masjidil Haram dan kedengaran bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

Anda boleh menonton siaran langsung ini di http://www.youtube.com/user/MakkahLive

Salam Ramadan!

*entri ini juga ada ditulis di laman projek – Kalendar Hijrah

Salam Ramadan

Salam Ramadan

Salam Ramadan semua. Hari ini kita semua start puasa. Harap-harap tiada la apa2 halangan insyaAllah.

Ramadan kali ini insyaallah merupakan Ramadan yang terakhir.. ha? kenapa? Ye la, Ramadan kali ini adalah Ramadan terakhir sebagai seorang bujang.. cewah.. InsyaAllah jika ditemukan dengan Ramadan akan datang akan menjadi Ramadan pertama sebagai suami orang gitu.. cewah..

OK, jika tahun lepas, aku ada buat 1 projek mini dinamakan Kembara Tarawih. Setiap malam (Isnin hingga Jumaat) aku akan menerjah masjid-masjid berbeza untuk berbuka dan bertarawih. Itu tahun lepas ketika aku duduk menyewa di luar. Tapi tahun ini mungkin tidak dapat aku berkembara lagi kerana dah tak duduk rumah sewa lagi, kembali duduk di rumah di Kajang bersama keluarga. Kalau sempat mungkin akan buat pada hujung minggu itupun jika kelapangan. Kalau nak tahu kisah Kembara Tarawih tahun lepas, boleh bermula di ENTRI INI

Selamat Berpuasa!

Harimau Lawan Singa

Harimau Lawan Singa

Salam. Seperti sedia maklum, malam ini akan diadakan perlawanan pusingan seterusnya Kelayakan Piala Dunia antara pasukan Malaysia menentang pasukan Singapura. Perlawanan malam ini akan diadakan di Singapura dan perlawanan seterusnya akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai ini. Nak dekat-dekat puasa tu.

Semoga pasukan Harimau Malaya dapat menewaskan Singapura malam ini. Kasi banyak gol la ye..

Anda boleh saksikan dan dengar perlawanan ini di RTM, Astro Arena dan Radio Era. Saluran Astro Arena ini anda boleh tonton walaupun anda tiada pekej sukan dalam perkhidmatan Astro anda kerana Astro Arena berada dalam “Family Package” yang basic tu..

OK. Semoga berjaya!

Huraian Pautan Dalam Komen Facebook

Huraian Pautan Dalam Komen Facebook

Salam. Komen status di Facebook melalui satu lagi proses revolusi. Kali ini melibatkan pautan.

Jika dahulu, setiap komen hanya ada text sahaja. Kemudian FB merevolusi komen ini dengan fungsi pautan hidup secara auto. Maknanya jika kita letak pautan (link), secara automatik, teks itu akan jadi pautan.

Kemudian datang pula fungsi baharu, tag profile orang lain dalam komen. Kita boleh tag orang biasa, fan page dan group.

Kali ini, setiap pautan yang kita letak, akan dihuraikan menjadi seperti yang anda lihat dalam gambar di atas.. Kelihatan seperti pautan yang selalu kita post di “wall”. Kita juga diberi pilihan untuk mematikan fungsi ini dengan klik “Remove Preview”

Selamat Mencuba!

Goolge Maps 3D dengan Google Earth Plugin

Google Maps 3D dengan Google Earth Plugin

Salam. Semalam aku ada post satu entry dengan gambar-gambar 3D bangunan di KL. Ya.. tu aku lihat guna Google Maps saja tanpa install Google Earth. Tapi aku perlu install Plugin Google Earth dahulu sebelum dapat lihat gambar-gambar tu. Lepas install boleh la terus tengok secara 3D bangunan-bangunan kat KL ni..

Wordless Wednesday #3

Seperti yang anda lihat, sekitar KLCC. Boleh nampak Menara KL, Menara Maxis dan lain0lain bangunan terdekat.

Wordless Wednesday #3

Bangunan apa? PAVILLION

Wordless Wednesday #3

Yang ni Tune Hotel kat area Chow Kit tu.. Ada orang rabun kata Muka Clown.. hish

Menara TM

Antara bangunan lain yang menarik perhatian aku.. Menara TM..

Flat Pekeliling

Dan yang paling best.. Flat Pekeliling yang takde penghuni tu pun jadi 3D.. hahaha.

Bangunan lain yang korang boleh tengok, Menara Maybank, Menara Tabung Haji, Menara MATRADE dan lain-lain lagi.. Explore la ye!

Powered by WordPress