-
Selamat Hari Wilayah
1st February 20101 Comment
Sejak Ogos 2006 aku menjadi warga Kuala Lumpur terutamanya pada waktu bekerja (office-hour). Kini, aku kembali menjadi Blogger Selangor walaupun di daerah yang lain. Rasa janggal pulak kene kerja hari ini. Selaunya hari ini aku cuti dan rehat dan tidur.. Kepada warga KL di seberang Hiway LDP (TTDI, Kg Sg Penchala) diucapkan Selamat Hari Wilayah. Selamat Bercuti
-
Parti Ulangtahun ke-3 Budiey.Com
28th January 2010No CommentsSiapa pernah baca blog hiburan Budiey.Com? Siapa juga pernah pergi event dia? Okey, sesiapa yang pergi minggu lepas, mesti korang perasan “buntings” atas ni kan? Tapi buntings yang dah dicetak macam ada cacat sikit kan?

Perasan kan? (sila ignore 2 orang itu ya). Menurut Budiey, ni salah printer (bukan salah aku ye.. selamat) dan printer tersebut dah pun terima padahnya. Kami agak kecewa juga pasal bende ni. Tapi nak buat mcm mana kan..
Okey, tahniah kepada rakan saya Budiey.Com atas ulangtahun yang ke 3. Semoga Sensasi Selebriti terus sensasi gitu.. Terima kasih juga sebab bagi job buatkan design bunting, web banner budiey.com dan tshirt. Walaupun aku terkial2 buat bende ni, tapi ok la kan..
-
Han – Bisikan Rindu (OST Na O Mei)
26th January 20102 Comments
Lagu Bisikan Rindu, nyanyian Han yang kita selalu dengar tiap2 petang dalam drama Na O Mei
Lagu: Azlan Abu Hassan
Lirik: Sulu SarawakKutahu di hati mu
Kau selindung bisikan rindu
Berlabuh bayangmu menagih kasih sepikuKau pernah mu bertamu
Yang telah kuserah hidup seluruhku
Dan hanya dirimu kan kuingati selalu waktuSengketa menjauh kita bersama
Asmara terluka beralah air mata
Kuingin mu selama dengan janji setia
Tanpa ragu berbicara cinta
Kau segalaKu setegar menunggu
Walau terulang menyayangmu tulusku
Kau pergi berlalu kemaafanmu dambakuPercaya mu mahu ku begitu ke sisimu
Kutuju bisa abadi bertemu dalam kalbuKuingin mu selama dengan janji setia
Tanpa ragu bicara cinta
Kau segala
Kau segala…Muatturun Nada Dering Pemanggil “Bisikan Rindu“
Untuk Maxis Dail *131*147156# tekan “CALL“
Untuk Digi Sms CT 0072790 hantar ke 2000
Untuk Celcom Sms CMT 69173 hantar ke 22990
Untuk Umobile Sms CT 183376 hantar ke 28118 -
Pindah Pindah
25th January 2010No Comments
Fuhh.. penat sungguh berpindah ke ofis baru. Bukan aku yang pindah ye, tapi ofis yang pindah. So.. barang-barang kene packing, then unpacking balik kat lokasi baru.. so PENAT okey.. Oklah semoga ofis baru AMSB akan lebih best daripada lokasi lama. Semangat!
-
Terima Kasih PayPal
21st January 20104 Comments
Wah! dapat USD8 pulak! Sikit-sikit pun kalau orang bagi, rejeki kan namanya. Aku dapat wit ni sebab penyertaan aku dalam Applikasi Facebook kelolaan Paypal. Namanya PayPal Wishlist kalau tak silap. Join dapat USD1, then pilih barang-barang yang kononnya kita nak, then share kat wall. Sape kawan2 kita yang join guna link kita, dapat la USD1. usaha malas aku ni membuahkan hasil USD8 je, xpela daripada xde. Kawan aku punya adik siap dapat USD80.. gila byk!
Okey, update hari ni sikit saja, mau packing. Esok ofis kami pindah Damansara.
-
Terima Kasih Nuff
20th January 201012 CommentsHah! Setelah sekian lama menanti, akhirnya cek daripada Nuffnang tiba jua. Lama dah request, tapi mungkin sebab masalah pos yang menyebabkan cek itu tak sampai ke rumah. 2 hari lepas aku terima email daripada HSBC memaklumkan payment ini, dan semalam, dah dapat ceknya.. OK la tu kan.. Walaupun tak banyak..
-
Alibi Cosmic Concert – Awesome!
18th January 2010No Comments
1. Haa.. ada 1 je gambar letak sini. lainnya: Sini
2. OK, apa ada lagi dalam acara ini? Pengenalan artis-artis Baharu yang akan bernaung di bawah Alibi Music selain daripada artis-artis sedia ada di Metadome.
3. Siapa artis baharunya? Awal Ashaari, Ezlynn, Lah Ahmad, Marsha, Kalysa (Singapura), Dayang Nurfaizah, Roze (Singapura), Exo Rage, DynDa, Nabil, Tasha. (Cukup 11. Makaseh Borzack!)
4. Juga ada pelancaran Single Pertama The Fabulous Cats untuk album Fabulocity “Cinta Kosmik” juga pelancaran video muzik oleh The Media Hustler (Ghaz) – nnt tengok di Youtube Metamobile
5. Ruang kejadian yang sesak dan penuh! Sampai ada yg kene berdiri.. perghhh..
-
Awas Serangan Phising!
18th January 20101 CommentSalam.
Serangan “phising” “phishing” (salah eja pula) atau pencurian maklumat kewangan hari ini sangat kerap. Haish! lebih 5 email aku terima hari ni. Semua menjurus alamat yang sama. Hati-hati ya kawan-kawan
You have 1 new message
Please log-in to your CIMB account.
Your Internet Banking Account may be locked.Please identify yourself by visiting our Online Banking service:
http://www.cimbankclicks.com/ibk/
© 2010 CIMB Online. All rights reserved.
Please hati-hati ya kawan-kawan. Alamat sebenar CIMB Clicks adalah http://www.cimbclicks.com.my dan page untuk login ada https:// pada pangkalnya. (pastikan huruf s itu)
-
Selamat Bersara Mak Ngah
15th January 20107 CommentsSalam.
Hari ini merupakan hari terakhir mak berkhidmat sebagai penjawat awam. Gelaran mak ngah ini sebenarnya gelaran keluarga yang terus diadaptasi si pejabat terakhir mak, PPD Hulu Langat. Jika nak dijejak semula kerjaya mak ni, agak 1 Malaysia juga lah.. Bermula dengan pembantu tadbir di Sekolah Sri Puteri yang ketika itu digelar Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Jalan Kolam Ayer, Kuala Lumpur. Bukan calang2 sekolah beb.. sekolah kerabat raja ni. Okey, kemudian di Sekolah Cina di Batu 18 Langat (Tak ingat pula nama sekolah)

Lepas kami pindah Kajang, mak bekerja di Sekolah Menengah Jalan Bukit, Kajang, yang mana kebanyakan pelajarnya berbangsa India. Dan beberapa sekolah lagi sebelum menghabiskan sisa kerjayanya di PPD.
Semalam ada majis di PPD sempena persaraan mak. Seperti biasa, mak dapat hadiah. Ada hadiah telefon bimbit lagi tu.. tapi yang murah2 je la. Kira OK la tu. hari ni juga ada majlis oleh KEPTAN (Kesatuan Pembantu Tadbir) di mana mak memegang jawatan Pengerusi Keptan Hulu Langat sejak 2003 hingga hari ini.
Ahad ni pula, tarikh rasmi mak bersara a.k.a hari lahir mak.. akan disambut di “Angkasa”
p/s – ape nak bagi hadiah ek? cadangan?
-
Lagi-Lagi Cerita Alibi Cosmic Concert
14th January 2010No Comments
1. Okey kawan-kawan, siapa ada baca Kosmo! hari ini? (14 Jan), buka m/s 37
2. Ada jemputan lagi ke Alibi Cosmic Concert.
3. Hantar Email, bertajuk “Kosmo! ajak saya ke Alibi Cosmic Concert!”
4. Dalam email tu tulis Nama, No IC, No Telefon
5. Hantar ke farhan@meta-dome.com







Komen Terkini