iPod Touch Baru ada kamera!

New iPod Touch

Tadi dapat newsletter daripada Apple. Salah satu produk terkini yang diketengahkan.. iPod Touch Baru! Apa ciri-ciri baru yang ada dalam iPod Touch Baru ni?

  • FaceTime
  • Retina Display
  • HD Video Recording
  • Game Center

Aku sendiri takde iPod Touch ni, tapi ofismate ade la. So sempat la main-main dan agak berminat jugak la. Diorg ada yang lama punya. Takde kamera. Yang baru ni ada kamera. Boleh rekod video HD terus. Boleh buat video call melalui FaceTime katanya..

Sangat berminat nak beli iPod Touch ni. Bukan hanya nak seronok-seronok guna, tapi nak try develop Apps untuk iPod / iPhone ni. Teringin sangat! Warna yang disediakan ada 1 je la.. warna standard iPod Touch. :)

Harga? Ni harga yang website Apple keluarkan..

  • 8GB – RM 829.00
  • 32GB - RM 1,079.00
  • 64GB - RM 1,399.00

Yang mana satu pilihan hati?

Kembara Tarawih: Masjid Tengku Kelana Jaya Petra

Kembara Tarawih: Masjid Tengku Kelana Jaya Petra

Baca Kembara Tarawih sebelum ini: Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Kebanyakan masjid yang aku ziarah selalunya aku hanya rujuk Google Maps untuk mengetahui lokasi. Tidak terlintas untuk mengetahui serba sedikit mengenai masjid ini sehinggalah aku sampai di masjid tersebut. Samalah juga dengan masjid seterusnya ini, Masjid Tengku Kelana Jaya Petra. Melihat namanya rasa seperti masjid DiRaja. Tapi di Selangor hanya ada 2 sahaja masjid DiRaja, 1 di Klang (Masjid Sultan Suleiman) dan 1 lagi di Kampung Bandar, Kuala Langat (Masjid Sultan Alaeddin) – rindunya nak ke Kampung Bandar lagi.. OK, segala info pasal Masjid Tengku Kelana Jaya Petra boleh didapati di blognya..

Pra Buka Puasa dan Buka Puasa. Tiba di masjid kira-kira jam 6.50 petang selepas mengharungi kesesakan lalu lintas. Buka puasa di masjid ini dimulakan dengan kurma dan kuih, kemudian Solat Maghrib dan kemudian makan nasi. Sebelum buka puasa, tahlil ringkas diadakan diketuai oleh Imam masjid di dewan makan. Dewan makan di tingkat bawah ni siap dengan PA System. Sangat bagus.

Solat Isyak dan Tarawih. Seperti yang aku beritahu tadi, di dalam dewan solat ni pasti akan rasa satu kemewahan. Dewan Solat ini dilengkapi dengan sistem pengdingin hawa berpusat. Sebiji macam dalam bangunan pejabat. Lampu chandelier yang sangat besar.. Solat Tarawih dilakukan sebanyak 20 rakaat. Sekiranya ada tazkirah (hujung minggu), 8 rakaat sahaja. Imam di sini akan membaca ayat daripada mushaf yang diletakkan di hadapan Imam. Dan yang menariknya, ada 2 lagi mushaf yang diletakkan di kiri dan kanan imam, tapi jauh sikit. Tak pasti untuk tujuan semak atau tidak, sebab agak jauh juga daripada Imam. Bacaan Imam juga tidaklah terkejar-kejar, tenang dan senang..

Program Ramadan. Sangat kagum dengan perjalanan program Ramadan yang dianjurkan di masjid ini. Semuanya dirancang dengan rapi dan teliti. Siap ada poster lagi. Boleh rujuk di blog masjid ini. Masjid ini juga telah mendapat kunjungan DYMM Sultan Selangor pada 18 Ogos yang lepas. Kalau perasan bende ni pasti aku datang. :) Bubur lambuk juga disediakan dan diedar setiap hari selepas Asar. Alhamdulillah dapat rasa masa buka puasa tadi. Tazkirah Ramadan juga diadakan setiap hari pada waktu2 berlainan. Tadarus, Qiamullail dan banyak lagi.

Jemaah. Dapat dirasakan jemaah di sini terdiri daripada orang-orang yang berada. Manakan tidak, teloh kiri, BMW, toleh kanan, Mercedes, toleh belakang, kereta aku kene blok ngn sebiji lagi Mercedes.. hehe.. Dan ramai juga yang hadir di masjid ini hinggakan parking tak cukup, banyak kereta parking di luar masjid. Apa-apa pun seronok ziarah ke masjid ini, juga di masjid-masjid yang lepas.

Twitter dikirim pengganti diri

Twitter dikirim pengganti diri

Jika dulu-dulu (hingga kini) orang ramai hantar kad raya. Sehinggala masuk millennium (2000 ke atas), servis pesanan ringkas atau SMS digunakan untuk hantar “Kad Ucapan”. Kini? Ya.. Twitter pula dihantar sebagai “Kad Raya” maya yang sangat ringkas, seringkas SMS.

Kenapa aku sebut Twitter? bukan Facebook? Ini adalah kerana konsep asal Twitter adalah menyamai SMS, namun khas di Internet. Penyampaian, perkongsian, penghantaran “Mesej Ringkas” kepada sesiapa sahaja. Diorg kata.. SMS of the internet.

OK, aku cuba cari SMS-SMS yang orang selalu guna pada musim raya, terima kasih Google. Kemudian aku gantikan “SMS” kepada “Twitter”. Jom cuba dan jom try.

Jambangan indah lagi berseri,
Menjadi hiasan di Aidilfitri,
Twitter di kirim pengganti diri,
Tanda ingatan tak layu di hati… Salam Aidilfitri.

Takbir bergema di pagi hari,
Memecah sunyi keriangan diseri,
Twitter pengganti kad raya dan diri,
Bukan lupa tradisi tapi ikut teknologi di hujung jari… Salam Aidilfitri…

Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman Twitter pun dah kira grand lah ye..!

Bunga mawar di Tanjung Ara,
Hendak di petik indah berduri,
Twitter di hantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di Aidilfitri.

Jom hantar twitter anda! – http://twitter.com/PaanMFR

Kembara Tarawih: Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Baca Kembara Tarawih sebelum ini: Masjid Bandar Baru Sungai Buloh

Berlainan banner Kembara Tarawih kali ini. Kerana masjidnya juga begitu istimewa. Masjid Sultan salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Masjid Negeri Selangor. Kesempatan cuti Merdeka digunakan untuk pergi ke masjid yang agak jauh sikit. Tiba di masjid dalam jalm 6.30 petang. Jika masjid lain, waktu ini masih agak sunyi, tapi di sini sudah meriah! Beberapa gerai jualan dibuka sempena Ramadan seperti gerai pakaian, kitab, kasut dan lain-lain. Nanti kita cerita.

Pra Buka Puasa dan Buka Puasa. Masjid besar kebiasaannya tiada aktiviti khusus sebelum berbuka, hanya persediaan untuk berbuka sahaja. Buka puasa diadakan di Dewan Makan, tingkat bawah, bersebelahan dengan dewan solat kedua. Jemaah yang terdiri daripada kumpulan keluarga memenuhi ruang dewan makan. Semuanya diedarkan terus, kuih, nasi ayam dan bubur lambuk. Solat Maghrib diadakan selepas makan dan solat maghrib juga diadakan di dewan solat kedua untuk mengelakkan jemaah kepenatan naik tangga (Dewan Solat Utama)

Solat Isyak dan Tarawih. Solat Isyak dan Tarawih diadakan di Dewan Solat Utama di tingkat atas. Penat berjalan jika naik daripada bilik wuduk utama. Kebiasaannya jemaah wanita akan berada di tingkat dua dewan solat utama, namun sepanjang Ramadan, jemaah wanita berada di belakang atau separuh daripada dewan solat utama. Solat Tarawih diadakan sejurus selepas solat Isyak. Dilaksanakan sebanyak 20 rakaat. Bacaan Imam yang tenang menghilangkan kepenatan berdiri (bagi yang badan besar macam aku ni). Bacaannya juga tidak terlalu panjang, kira-kira 5 ayat, dan malam ini juga adalah bacaan daripada Surah Yaasin (sama seperti di Masjidil Haram)

Jemaah. Ramai. Sangat ramai.. Kanak-kanaknya juga.. fuh.. lasak! Sanggup melintas dari saf 1 wanita untuk pergi kepada ibunya yang berada di saf kedua. Apa-apa pun meriah juga. Mengingatkan aku dengan suasana di Masjid Wilayah pada minggu pertama Ramadan. Tidak menghairankan dengan keadaan jemaah yang ramai ini kerana masjid ini dikelilingi kawasan perumahan. Kaunter kutipan zakat fitrah juga dibuka di sebelah kanan masjid. Korang dah bayar fitrah?

Bazaar Ramadan. Pihak masjid telah membuka beberapa gerai untuk digunakan sebagai Bazaar Ramadan. Lokasinya di kaki lima masjid berhadapan bilik wuduk utama. Pelbagai barangan ada dijual di sana. Kitab, baju, jubah, tudung, beg, minyak wangi, kasut, buah-buah kering dan banyak lagi. Antara yang menarik minatku adalah air jus yang didatangkan khas daripada Arab Saudi. Dan jus buahan rebutan sudah tentu jus mangga. Menurut penjual minuman ini, jus mangga merupakan barang panas. Ramai orang cari, tapi stok sikit. Kene beli cepat!

OKlah, sekitranya korang belum berkesempatan untuk bertarawih di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ini, silakan! Ataupun masjid-masjid yang telah diceritakan kisahnya dalam ruangan Kembara Tarawih. Ziarah lah! :)

Baca Kembara Tarawih seterusnya: Masjid Tengku Kelana Jaya Petra

Kulit Blog PaanMFR Terkini

Kulit Blog PaanMFR

Salam. Sempena Ramadan, Merdeka dan Syawal, kulit blog ini sudah diperbaharui. Kulit ni bukan design sendiri, tapi download daripada laman web lain. Dengan sedikit pengubahsuaian, jadilah apa yang anda lihat sekarang. Warna asal kulit ini adalah biru, tapi telah diganti dengan warna merah maroon. Sama warna seperti kulit yang lepas.

Powered by WordPress