Archives for Tarikh Hijrah category

2_183.JPG

1. Muslim seluruh Malaysia akan berpuasa mulai esok. Berdasarkan rukyah dan hisab serta setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

2. Batu panas? apa maknanya? Batu panas merupakan nama lain bagi Ramadan. Bulan umat Islam diwajibkan berpuasa. Seperti mana yang termaktub pada ayat di atas. (Baqarah 183)

3. Terima kasih kepada kawan-kawan yang hantar SMS mengucapkan selamat berpuasa. Semoga puasa kita tahun ini lebih baik daripada sebelumnya.

PaanMFR - Puasa puasa jugak, rambut tu potong tau esok..

MaulidurrasulPetikan daripada: Wikipedia

Nabi Muhammad s.a.w. (sallallahu aleihi wassalam) (B. Arab: محمد) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam. Baginda bukan sahaja berfungsi sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai. Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.

Pautan Lain
Sambutan Maulidurasul Peringkat Kebangsaan
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Maulud_Nabi
http://hijriah.jentayu.com

hijriah_jentayu_com.jpg

Pengumuman. Skrip Tarikh Hijriah telah berpindah ke rumah baru bersempena dengan kedatangan Ramadhan ini. InsyaAllah dengan perpindahan ini, skrip ini dapat berkembang dengan lebih maju.. Terima kasih kepada semua yang telah menggunakan skrip ini.

Selamat berpuasa semua…