Archives for Bilik Santai category

Mari Beraya - Metadome All Stars
Mari-mari kita bergembira,
Satu Syawal telah tiba.
Syukur pada yang Maha Esa,
Dapat kita berjumpa, bermesra bersama-sama.
Satu bulan kita berpuasa,
Bulan Ramadan yang mulia.
Lupakan sengketa lama,
Fikirkan yang indah saja.
Mari-mari kita bahagia.
Ayah, ibu, adik-beradik semua.
Mari-mari kita bahagia,
Mari kita menyambut hari raya.
Marilah kita kunjung-mengunjungi
Sanak saudara dan serta saudari.
Eratkan kembali,
Hubungan silaturrahim.
Satu bulan kita berpuasa,
Bulan Ramadan yang mulia.
Lupakan sengketa lama,
Fikirkan yang indah saja.
Mari-mari kita bahagia.
Ayah, ibu, adik-beradik semua.
Mari-mari kita bahagia,
Mari kita menyambut Hari Raya.
Mari-mari kita bahagia.
Ayah, ibu, adik-beradik semua.
Mari-mari kita bahagia,
Mari kita menyambut Hari Raya.
Lagu: Tarmizi
Lirik: Tarmizi

1. Smalam aku kene balik lewat. Ada kerja yang perlu aku siapkan, bos nak check dan approve sebelum aku blast ke email2. Ya.. aku bengang la jugak kan. Dah kemas2, amik kasut, kene letak balik, bukak PC balik.. Tapi nak wat cmne, aku kene kerja..
2. 6.45 petang, aku slesai, keluar dari ofis bersama bos, menuju tujuan masing2. Aku harus pulang, namun aku bakal menghadapi jem.. jem.. jem.. Jumaat sangat sinonim dengan kesesakan jalan raya, tak kira terowong SMART buka atau tutup, pasti akan jem..
3. Aku berada di Jalan Imbi, aku lihat jam, lihat depan, lihat jam, lihat depan.. terus melencong ke stesen minyak.. beli bekalan iftar aku yang aku pasti akan berlalu ketika aku dalam kereta.. Air kotak, air mineral serta roti.. cukup lah tu.. syukur..
4. Languan Azan tajaan Halagel yang disiarkan melalui IKIM.FM menandakan waktu iftar, sambil pegang stereng, sambil doa dan sambil makan.. Alhamdulillah.. Aku lihat kiri dan kanan.. ada sorang abg motor berhenti tepi jalan.. iftar juga.. Aku lihat stesen minyak dan McD.. penuh…
5. Sampai di plaza tol.. masuk di lorong tunai.. akak toll gate girl menerima duit.. sambil mengunyah.. hehehe.. iftar juga ya.. walau sedang bertugas.. alhamdulillah..
6. Sampai rumah dalam pukul 7.50, mandi, solat, makan (tomyam..) dan tarawikh..
7. Walau anda berada di mana2. Bersedialah untuk iftar bila tiba waktunya.. Selamat Berpuasa…










