Heheh.. Rasa seronok pulak hari nih, bila tengok PR blog ni dah cecah nombo 5.. Main web masih PR 2. Web Hijriah pulak masih PR3. Memang hari ini dalam sejarah lah.. Walaupun kesihatan aku ni agak tergelincir minggu ni, ditambah pulak dengan kejadian data crash di server.. adus.. ada 1 entry terpadam. Tapi tak penting sagat rasanya. Harap-harap tiada lagi kejadian seumpama ini terjadi lagi. Dan harap-harap juga blog ni naik lagi PRnya..
- PR : Page Rank. Rank yang ditetapkan oleh Google. Kadar maksimum adalah 10.
- Kalau nak tengok PR web ni, kene gi tengok home die ek.. hehehe
Pengumuman. Skrip Tarikh Hijriah telah berpindah ke rumah baru bersempena dengan kedatangan Ramadhan ini. InsyaAllah dengan perpindahan ini, skrip ini dapat berkembang dengan lebih maju.. Terima kasih kepada semua yang telah menggunakan skrip ini.
Selamat berpuasa semua…

"Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca."
Sudah pasti anda ingat sedutan sajak ciptaan Usman Awang ini. Sajak bertajuk Guru O Guru yang dicipta pada tahun 1979 ini menjadi satu penghargaan yang begitu besar kepada seorang insan bergelar guru. Sambutan Hari Guru 2007 kali ini diadakan di Johor Bahru. Tema pada tahun ini pula adalah Guru Penjana Modal Insan Gemilang. Walaupun agak klishe namun penuh bermakna.
paanMFR: teringat pada cikgu-cikgu paanMFR yang pernah menjadi anak murid kepada bapak paanMFR
Pautan Berkaitan:
Sambutan Hari Guru 2007 Peringkat Kebangsaan
Sajak Guru O Guru