Archive for the ‘Bilik Santai’ Category
Pelangi Petang di Mutiara Damansara

Nampak tak pelangi tu? Gambar ni diambil selepas hujan lebat melanda Mutiara Damansara, apabila matahari terus menyinar, confirm ada pelangi. Korang tahu ke kat mana Mutiara Damansara ni? Tengok gambar tu betul-betul, ada satu “brand” yang semua orang kenal..
p/s – MsjBox nasih belum renew. Komen je post ni ya..
Fungsi Baru Dalam WordPress 3.0

Salam
Korang dah upgrade WordPress korang ke versi 3.0?
Aku baru saja upgrade. Kene upgrade manual sebab server aku takde FTP. So kene ikut pintu lain. Korang-korang yang ada FTP (Selalunya hosting biasa ada FTP) boleh upgrade Automatically.
OK, siap upload file-file baru, run Upgrade, selesai! Tiba masa untuk jelajah Dashboard WordPress.
1. Update berpusat.

Cek pusat korang, ade button update tak? Hahaha.. OK2. Update berpusat ni membolehkan kita update Worpress, Plugins dan THEMES! Ya.. Themes pun dah boleh update ya kawan-kawan
2. Tabs Besar

OK, yang ni xdela penting sangat, cuma perubahan sikit je la. Aku jumpa ni pun dalam bahagian Themes saja.
3. Menu
(Klik Gamba ni untuk lihat lebih besar)
Yang ni memang fungsi baru. Menu yang korang boleh cipta sendiri. Themes lama tak support fungsi ni, TAPI boleh guna! Melalui Widget yang dihasilkan daripada Menu ini. Menu akan dicipta menjadi Widget. Dalam Menu tu korang boleh letak apa saja. Kategori, Page, Link. Aku belum try lagi. Korang try la ye.
Oklah, aku tak banyak jelajah lagi fungsi-fungsi baru dalam ni. Kalau nak tahu lagi, lawat WordPress.Org
Adsense nampak aku GEMUK??

Rakan aku ade la round-round masuk blog aku. Sambil-sambil tengok-tengok, dia ternampak satu link di atas. Link yang dijana oleh Adsense. Lalu di snap pagenya, dan beri pada aku.. Zoom sket..
Aik? Camne dia tau ke owner blog ni gemuk? Cis..
Hari Susu Sedunia @ Pavilion – Lepak Bersama Budiey

Salam. Minggu lepas seperti yang korang maklum, Hari Susu Sedunia telah disambut di Pavilion. Aku datang ni pun sebab disuruh diajak oleh Budiey. Dia nak kasi barang sket untuk ganti t-shirt ulang tahun blog Budiey yang ke-3. Penat-penat aku design, tapi aku x dapat.. gantila dengan barang lain. Nanti aku cerita kemudian pasal barang tu.
Sampai-sampai je dah ramai, sesak, penuh. Jumpa Budiey sat, borak2 sket, dia suruh daftar. Dapat la nombor. Orang dah lebih 3000, aku dapat nombor 500++ hahaha..

Aku tak dapat goodie bag.. makanya, susu pun tak dapat la.. Macam mana nak minum susu ni? Dengar pula pengacara beritahu.. “Sape-sape tak dapat susu, perah la sendri..” hahaha.. bukan lah.. dia kata “Sape-sape tak dapat susu, petugas kami akan edarkan sepanjang hari..” Cari punya cari, ade la sorang awek petugas ni hulur susu “low fat”.. tau la aku gemok.. kan..
Acara minum susu dimulakan jam 11 pagi. Detail pasal bende ni korang carik la kat internet ek. Kat blog Budiey pun ada cerita. Pengacara suruh minum.. kami minum.. burrppp.. alhamdulillah.. Kotak susu yang kami minum ni Limited Edition. Ada 2 perisa saja pagi tu. Coklat dan Rendah Lemak.

Sambil-sambil minum susu, Budiey pulak sibuk promote event ni melalui twitter. Guna iPhone lagi.

Petang tu Budiey nak buat MDO dia, tengok cerita Helm Street tu, tapi aku tak join sebab ada hal lain. Nak kemas-kemas rumah kat Damansara. Tingkat 4. Naik tangga.. haa.. kan..
Rumah Baru

Salam kawan-kawan. Alhamdulillah, selepas hampir sebulan blog ini ditinggalkan, beroperasi semula hari ini selepas menduduki rumah baru. Walaupun ada sedikit masalah teknikal, namun berjaya juga rumah baru ini disiapkan.
Terima Kasih kepada pihak hosting Shinjiru Malaysia untuk pembekalan rumah (VPS) yang OK dan murah.
Terima Kasih juga kepada Arul, office-mate seberang laut, yang bantu aku setup server ini. Banyak step dia oo.. tak macam shered hosting.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan pembaca belog yang pernah singgah sini dan pernah bagi komen. InsyaAllah aku akan sentiasa update blog ini. Makaseh!
Kepada pelanggan-pelanggan Jentayu.Com, terima kasih juga kerana bersabar ketika server lama down. Korang pun dah dapat rumah baru yang aku sewa di tempat lain. Harap selesa di sana.


