Archive for the ‘Bilik Canggih’ Category

Buat Hal Lagi

Buat Hal Lagi

Lama dah tak update.. Mengenai update yang lepas, (sila baca) aku ada try apply, tapi bila sampai kat payment je, aku cancel. Sebab xde duit lagi nk bayo.. hahaha

Okey, tutup cerita lepas. Buka cerita baru. Selepas kejadian penutupan server secara paksa oleh SKMM beberapa bulan lepas, aku ambil keputusan cari tapak, dan pisahkan tapak pelanggan dan tapak sendiri ku ini. Tapak sendiri ni aku tetapkan untuk kegunaan yang agak tinggi juga lah. Lagipun projek terbesar aku disimpan dalam tapak ini walaupun kebanyakan penggunanya dari seberang!

Kali ini tapak ini bikin masalah. Puncanya enjin yang besar, ada problem. Tak kuat pula tu.. (Apache2). Atas nasihat dan cadangan rakan sekerja di Jakarta, aku menggunakan Nginx sebagai “enjin” baru tapak ini. Ternyata lebih laju dan lebih ringan. tak makan banyak memori. Aku harap enjin baru ini boleh pakai lama..

Dengan sedikit pengubahsuaian, enjin ini mampu menampung WordPress ku ini.. Yes! namun penggunaannya pada Joomla masih agak kucar kacir. Tapi dapat digunakan dengan alternatif yang lain.

P/s – Ada projek baru! MyPasarMalam – ada masa aku cerita, korang masuk la dulu ya!

p/s/s – Rindu Rashid.. tadi dia tido saja..

Paypal, MOL Umum Kad Prabayar Baharu – Jom Shopping!

Paypal, MOL Umum Kad Prabayar Baharu

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) — Paypal dan MOL AccessPortal Berhad (MOL) hari ini mengumumkan kerjasama strategik bagi penyediaan kad prabayar baharu yang dipanggil MOL Paypal – The Digital kepada pengguna Malaysia bagi membeli belah online dan untuk membeli permainan online.

Kad digital itu membolehkan rakyat Malaysia membiayai akaun Paypal yang boleh digunakan untuk membuat pembelian dengan mudah melalui laman web di seluruh dunia atau untuk menambah nilai mata MOL untuk membeli permainan, produk dan perkhidmatan online.

Kad itu memberikan pengguna cara yang lebih cepat dan lebih selamat untuk membuat pembelian melalui Paypal dan transaksi mereka dilindungi dengan lebih baik oleh langkah-langkah pencegahan penipuan dan keselamatan Paypal, kata Elias Ghanem, Pengurus Besar Paypal Asia tenggara dan India, dalam satu kenyataan hari Khamis.

“Selain kemudahan menambah nilai kad itu di lebih 15,000 lokasi di seluruh negara atau melalui perbankan online, pengguna Malaysia boleh mendapatkan pelbagai faedah membeli belah dan ganjaran permainan kerana menggunakan kad ini,” katanya.

Kad yang dijual pada RM15 setiap satu boleh didapati mulai 19 Julai.

– BERNAMA

=====================

Apa maknanya ini? More shopping online ya! Dan more lobang utk cari duit! Selama ini, PayPal hanya terhad kepada pengguna-pengguna yang ada kad kredit (walaupun sekarang boleh guna debit kad) untuk topup amount dalam akaun PayPal itu. Namun sekarang, dengan kerjasama MOL, hampir semua orang boleh gunakan perkhidmatan ini dengan lebih mudah.

Kad Prabayar yang MOL perkenalkan ini tidak dinyatakan secara terperinci jenisnya. mungkin juga kad debit, mungkin juga kad khas yang boleh link terus dengan PayPal. Tapi yang penting, kad ini bakal membuka lebih banyak peluang untuk anda shopping, lebih banyak peluang untuk anda perkemaskan dan perkukuhkan lagi kedai-maya anda. Apa-apa pun, tunggu 19 Julai ini..

Fungsi Baru Dalam WordPress 3.0

Fungsi Baru Dalam WordPress 3.0

Salam

Korang dah upgrade WordPress korang ke versi 3.0?

Aku baru saja upgrade. Kene upgrade manual sebab server aku takde FTP. So kene ikut pintu lain. Korang-korang yang ada FTP (Selalunya hosting biasa ada FTP) boleh upgrade Automatically.

OK, siap upload file-file baru, run Upgrade, selesai! Tiba masa untuk jelajah Dashboard WordPress.

1. Update berpusat.

Fungsi Baru Dalam WordPress 3.0 - Update Berpusat

Cek pusat korang, ade button update tak? Hahaha.. OK2. Update berpusat ni membolehkan kita update Worpress, Plugins dan THEMES! Ya.. Themes pun dah boleh update ya kawan-kawan

2. Tabs Besar

Fungsi Baru Dalam WordPress 3.0 - Tabs Besar

OK, yang ni xdela penting sangat, cuma perubahan sikit je la. Aku jumpa ni pun dalam bahagian Themes saja.

3. Menu

Fungsi Baru Dalam WordPress 3.0 - Menu

(Klik Gamba ni untuk lihat lebih besar)

Yang ni memang fungsi baru. Menu yang korang boleh cipta sendiri. Themes lama tak support fungsi ni, TAPI boleh guna! Melalui Widget yang dihasilkan daripada Menu ini. Menu akan dicipta menjadi Widget. Dalam Menu tu korang boleh letak apa saja. Kategori, Page, Link. Aku belum try lagi. Korang try la ye.

Oklah, aku tak banyak jelajah lagi fungsi-fungsi baru dalam ni. Kalau nak tahu lagi, lawat WordPress.Org

“Like” Komen Orang Lain di Facebook

"Like" Komen Orang Lain di Facebook

Mungkin ada antara Facebook korang yang dah muncul fungsi baru ni. Fungsi untuk “Like” komen yang disampaikan oleh user lain. Selalunya kita boleh “Like” status yang disampaikan oleh kawan kita, tapi kali ini kita boleh “Like” komen yang kawan kita sampaikan di bawah status kita.

Sebelum di "Like"

Gambar di atas menunjukkan komen-komen yang belum di”Like” lagi.

Ada orang dah "Like"

Yang ni pulak dah ada orang “Like”

p/s – Like Button dalam blog ni masih kucar kacir.

Adsense nampak aku GEMUK??

Adsense nampak aku GEMUK??

Rakan aku ade la round-round masuk blog aku. Sambil-sambil tengok-tengok, dia ternampak satu link di atas. Link yang dijana oleh Adsense. Lalu di snap pagenya, dan beri pada aku.. Zoom sket..

Adsense nampak aku GEMUK??Aik? Camne dia tau ke owner blog ni gemuk? Cis..

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Arkib
Linx Exchange
Tarikh Hari Ini