Gema Gegar Vaganza: Abang vs Adik?

Lebih setahun tidak update entry dalam blog ini, insyaallah nak cuba “hidupkan” semula blog ini. Kita cuba lah ya.

Baiklah, bermula malam ini, Astro Oasis bakal menayangkan rancangan Gema Gegar Vaganza yang menampilkan artis-artis “relegi” atau boleh kita sebut nasyid. Rancangan ini dihoskan oleh Siti Nurdiana, Achey dan Fikry. Salah seorang juri pula adalah Farihin Abdul Fatah. Kalau kita imbas kembali Akademi Fantasia, Farihin pernah menjadi juri yang sangat digeruni. Beliau juga antara insan yang bertanggungjawab menubuhkan kumpulan Raihan yang kita ingat sampai hari ini.

Siapa artis nasyid yang menyertai Gema Gegar Vaganza (musim 1) ini?

Kalau tengok line-up ini, antara “otai” yang masih berbisa tentunya HIJJAZ. Meskipun ada kumpulan “senior” yang lain, namun mereka banyak menampilkan ahli baru dalam kumpulan.

Menariknya Gema Gegar Vaganza ini, ada 2 beradik yang menganggotai kumpulan berbeza dalam pertandingan ini. Pertamanya adalah Wan Najran daripada Saujana, bukan ahli asal kumpulan ini, namun mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang nasyid. Ye ke Paan? Mana kau tau?

Wan Najran – dua dari kiri. Senyum nampak gigi

Ya.. mestilah tahu.. Wan Najran ni kawan sekolah rendah dulu-dulu..

Seorang lagi, adik kepada Wan Najran ini iaitu Imam Muda Najdi yang menganggotai kumpulan UNIC. Juga bukan ahli asal kumpulan UNIC. Sejarah Najdi ni tak pasti sangat. Cuma perasan masa masuk rancangan Imam Muda dulu-dulu.

Ini pula gambar keluarga Ustaz Wan Mohd Noh yang menampilkan kedua-dua anak mereka, Wan Najran dan Imam Muda Najdi. Orang Kajang mesti kenal Ustaz Wan Mohd Noh ni. Kalau baca Khutbah tak payah teks. Guru Taranum yang hebat.

Semoga berjaya buat semua peserta Gema Gegar Vaganza. Saksikan Gema Gegar Vaganza, setiap Sabtu, 9 malam di Astro Oasis (106) dan Mustika HD (135) <- uish! Lama dah tak tulis macam ni!

Sumber: Gema Gegar Vaganza, Google

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Shares