Tidur Dalam BAS?

Pernah korang melancong ke sesebuah tempat, dan tidur dalam bas? Mesti pernah kan? Pergi Universal Studio Singapore, tidur dalam bas, pagi-pagi masuk Singapore, malam balik KL. Tak pun tidur ketika nak melancong pergi Langkawi. Dari KL ke Kuala Perlis. Tidur sepanjang perjalanan.

Bustel

Tapi kali ini, pengalaman tidur dalam bas tidak akan sama seperti dulu. Di Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang, Melaka, tersedia 40 buah bas yang diubahsuai menjadi BILIK HOTEL! Ya! Bilik Hotel! Bilik hotel yang lengkap dengan katil, bilik air, pengdingin hawa dan FLAT SCREEN TV.

Bustel

Kewujudan BUSTEL (Bus + Hotel) ini baru perasan di feed Facebook semalam. Tilik punya tilik, korek punya korek, beberapa info didapati.

  • Bas yang digunakan adalah bas model lama, yang dah tak digunakan lagi
  • Sebuah bas mempunyai 2 bilik lengkap.
  • Selain bilik hotel, beberapa buah bas diubahsuai menjadi kafeteria dan pejabat urusan.
  • Bas ini diletakkan di Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang, Melaka yang baru saja dibuka kira-kira tahun lepas
  • Belum jumpa website untuk info penuh lagi
  • Tempahan boleh dibuat menggunakan WhatsApp

Rasa macam nak bawa keluarga duduk di Melaka dalam bas ini lah. Boleh round Melaka, mandi Pantai Klebang, minum Coconut Shake, makan Ikan Bakar dan lain-lain.

Cafe Bas

Cafe Bas

Cafe Bas

Cafe Bas

 

Maklumat yang ada di Facebook Bustel ini adalah seperti berikut:

Info

Selamat Melancong!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Shares