Dah duduk Seremban kene la memantai!

pedagang-sapi-di-aceh

Insyaallah Ahad ni umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa. Dan untuk tahun ini, pertama kali kami sekeluarga akan berpuasa di negeri orang (selain Selangor dan Johor). Kali ini kami akan berpuasa di Negeri Sembilan. Apabila berada di Negeri Sembilan ni, bercakap sahaja pasal puasa, mesti memantai tak akan tertinggal.

Tradisi memantai ni biasanya dilakukan pada hari ini iaitu hari melihat anak bulan. Jika di kampung-kampung, beberapa ekor lembu akan ditumbangkan dan sajian akan disediakan untuk penduduk kampung. Sekarang, aktiviti memantai ini dimeriahkan di kawasan pasar dengan banyak kedai daging dibuka untuk dijual dagingnya.

Dahulu dapat melihat aktiviti ini di sempadan Selangor dan Negeri Sembilan, tak lain tak bukan, BERANANG! Memang akan penuh kawasan pasar Beranang kalau tiba wakti memantai ni. Sampai jem lah! Tak caye tanya orang Beranang iaitu Sumi Jelly.

Pulang dari kerja melalui jalan Nilai – Labu – Seremban tadi hanya perasan 1 gerai sahaja jual daging, mungkin tak lalu kawasan yang menjadi tumpuan, atau mungkin esok baru nak meriah.

Apa-apa pun Selamat Berpuasa di bulan Ramadan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Shares