Bekas Penyimpan Mohor Besar Meninggal Dunia

Bekas Penyimpan Mohor Besar Meninggal Dunia

Pada bulan Januari 2011 yang lepas, aku ada post pasal persaraan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Hari ini, aku dikejutkan dengan berita berkaitan insan yang mengumumkan tarikh-tarikh penting dalam bulan Hijrah suatu masa dulu..

BESUT 12 Dis. – Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11.00 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.
Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.
Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011. – BERNAMA
Innalillahi Wainnailaihi Rajiun.. Al-Fatihah buat Allahyarham Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah

1 Comment(s)

  1. Inaalillah…
    Entri Blog terkini oleh Afifah Munirah ..Responsible Blogging 2013: Blogging Secara Berhemah

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Shares