Akan Datang – Wasiat – Astro Prima

Wasiat

Drama ni khabarnya akan disiarkan mulai 27 Julai 2011, 10 malam di Astro Prima. Cerita dia pula macam mana? Meh baca bawah ni.

Kisah ini bermula apabila seorang hartawan Agus Raizal meninggal dunia akibat serangan jantung, selepas, apa yang disangka khalayak ramai, perkahwinan kedua beliau. Shark fikir Agus akan meninggalkan semua harta Agus kepadanya, kerana dia satu-satu anak Agus. Marina merasakan apabila dia berkahwin dengan lelaki tua itu, dia akan memiliki semua kekayaaan yang dicari-carinya selama ini

Tidak terlintas di fikiran mereka yang Agus mempunyai perancangan yang hebat untuk mereka. Walaupun dia telah meninggal dunia, dia masih mampu memperdayakan mereka. Dalam wasiatnya, mereka perlu tinggal sebumbung dan bekerjasma bagi  memajukan salah satu daripada perniagaannya sebelum segala hartanya dibahagikan.

Perkara ini menyusahkan Shark dan Marina yang menginginkan harta tersebut untuk diri mereka sendiri. Sementara mereka bertungkus-lumus menjatuhkan sesame sendiri, Sofiyan anak Cik Ros dibiarkan bersendirian meratapi kematian Agus. Sofiyan mempunyai karisma anak lelaki yang Agus impikan. Agus sentiasa melayan Sofiyan seperti anaknya sendiri, dimana Shark merasa jauh hati atas tindakan bapanya. Shark inginkan kasih sayang daripada Agus tetapi dia tidak faham kenapa dia diketepikan.

Kebencian Shark terhadap Sofiyan menjadi lebih teruk apabila teman wanita Shark, Hanna mula mencintai Sofiyan. Sofiyan dan Shark akan bergaduh antara satu sama lain untuk mendapatkan Hanna dan harta. Bagi Shark, ia tentang kuasa dan wang manakala bagi Sofiyan, ianya kerana kasih sayang dan tanah yang mereka duduki sebagai satu keluarga. Sayangnya, perkara sebenar tentang diri mereka tidak mereka ketahui.

Pelakon dia siapa?

Farid Kamil sebagai Shaqir bin Agus Raizal

Farid Kamil sebagai Shaqir bin Agus Raizal

Sara Ali sebagai Johanna Hassan

Sara Ali sebagai Johanna Hassan

Beto Khusyairy sebagai Sofiyan Abdullah

Beto Khusyairy sebagai Sofiyan Abdullah

Yasmin Hani sebagai Marina Malik

Yasmin Hani sebagai Marina Malik

Dengar-dengarnya lagu tema drama Wasiat ni dinyanyikan oleh bintang AF9. Siapa? Lagu apa?

1 Comment(s)

  1. haffiz says:

    wah..baru ni..best ke tak agaknya..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Shares