Operasi Lord Of The Ring Namanya

Misi Lord Of The Ring Namanya

Tahun ini adalah tahun yang sangat penting. Aku ada satu MISI besar untuk dilaksanakan menjelang penghujung tahun 2011. Rasanya kalau korang tengok gambar di atas ni dah boleh agak la kan. So tak perlu dipanjang lebarkan apa misinya.

Cuma dalam entri hari ini nak kongsi pengalaman pertama aku membeli barang yang sangat berharga untuk misi tahun ini juga untuk perancangan tahun-tahun akan datang. Misi / Operasi ini namanya Operasi Lord Of The Ring atau bahasa mudahnya Beli Cincin. Hahaha..

Pertama kali dalam sejarah aku pergi ke kedai emas untuk membeli cincin. Bukan 1 tapi 2 cincin yang akan dipakai oleh orang yang sama. Aku tak pakai cincin pun. Menurut budaya masyarakat di Negeri Johor, 2 cincin diperlukan sebagai tanda. 1 cincin belah rotan dan 1 cincin berbatu. Gambar di atas dua-dua cincin batu.

Harga? Harga toksah cakap la, tapi kami memilih harga yang berpatutan la ye. Tak la mahal sangat dan tak la murah sangat.Ā  Tak boleh bilang sini.. hehe.. Alhamdulillah misi ini selesai semalam, dan akan sambung dengan misi yang lain untuk melengkapkan acara bulan hadapan.

p/s – “Orang lain suka percaya pada tanggapan orang lain daripada fakta sebenar”

p/s/s – “Bersyukur dengan nikmat pemberian Allah”

p/s/s/s – “Dah lama tak hujan.” fikir-fikirkan.

5 Comment(s)

  1. firdee says:

    wah…tahniah n good luck utk misi ni paan…misi LOTR saya utk dua cincin ni dah selesai bulan 2 lepas ^^…tggu misi LOTR satu lagi cincin utk hujung tahun =D

    [Reply]

  2. eita says:

    wahh cincin šŸ™‚

    [Reply]

  3. saiful says:

    askum semua em sy nk tny la berapa harga cincin nie n kt mane ye de jual

    [Reply]

    PaanMFR Reply:

    @saiful,

    Cincin dalam gambar adalah gambar daripada internet. so harga dia tak tahu. šŸ™‚ maaf..

  4. saiful says:

    thanks paanMFR
    tu la mcm berkenan ngn cincin tu
    tp x pe klu de website dia bg tau ye

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Shares