Bomoh Hujan. Wujud kah?

Bomoh Hujan. Wujud kah?

Tengok je title mesti ramai yang cakap wujud kan? Ye ke? OK, selalu yang kita dengar, bomoh hujan ni ada di kalangan masyarakat desa yang hendak mengadakan kenduri kahwin. Dalam suasana itu juga ada segelintirnya tak guna bomoh hujan, tetapi melakukan upacara tertentu untuk “menangguhkan hujan”

Jenis-jenis Bomoh / Pawang Hujan

Aku sendiri tak tahu ade berapa jenis. Mungkin lagi molek aku cakap jenis-jenis atau kaedah-kaedah yang digunakan untuk menghalang / menangguhkan hujan. Ada satu kaedah yang aku dengar, dengan melontarkan baju pengantin ke atas bumbung rumah. Ade juga bomoh atau orang-orang yang berkemahiran dalam ilmu batin ni membaca ayat-ayat tertentu. Dan ada juga yang aku dengar, mereka gunakan paku untuk membuat sempadan atau “force field” untuk elak hujan.. Macam-macam cara kan?

Perkhidmatan Bomoh Hujan

Tu dia.. Ada service ka? Daripada isi-isi kandungan yang aku dapat melalui sembang-sembang bersama rakan, ada juga aku dengar acara-acara luar seperti konsert, karnival dan sebagainya ada menggunakan Perkhidmatan Bomoh Hujan. Ha.. pelik tapi benar tu kawan-kawan.. Dalam perbelanjaan dia akan tulis “Weather Consultant”. Ye ke ni? Kalau macam tu, Jom Heboh ke, Sua Rasa ke, Konsert Double Trouble ke mesti ada guna servis ni kan? Ye ke? Aku pun tak tahu.

Komen aku: Mungkin masyarkat Nusantara ni saja yang banyak guna. Eropah tak guna pun rasanya. Sebab?? Perlawanan Manchester United menentang Chelsea ditangguh sebab salji! Hahahaha!

P/S – Kalau kat kenduri kawin tu dah pasang pelindung hujan, lepas tu tuan rumah invite Hujan buat persembahan, agak-agak diorg datang tak? ehehe

1 Comment(s)

  1. 24 December 2010

    […] This post was mentioned on Twitter by PaanMFR and PaanMFR. PaanMFR said: Bomoh Hujan. Wujud kah? http://goo.gl/fb/K24o2 [Blog Update] #fb […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Shares