Cerpen Pautan: Aku Anak Derhaka

Cerpen Pautan: Aku Anak Derhaka

Siri 3 – SecretWishper

Kesemua rakan-rakan aku telah cuba untuk memiliki Fatimah, namun usaha mereka semuanya tampak sia-sia. Fatimah memang senang didekati kerana keramahan serta kemanjaannya, namun belum seorang berjaya memiliki hatinya, apatah lagi lebih daripada itu…

Kali ini aku mesti menawan hati Fatimah. Aku akan gunakan kelebihan memiliki motosikal baru ini sebagai ‘senjata bonus’ untuk memikatnya. Aku tahu kenapa kawan-kawan aku tidak dapat menawan hatinya. Sudah nyata Fatimah sukakan lelaki yang kemas, segak, bergaya dan.. ada kenderaan lah! Boleh jalan-jalan.

Rumah Fatimah tidak berjauhan dengan rumahku. Satu jalan saja. Tiap kali nak keluar ke pekan, sudah tentu aku akan lalu di depan rumah Fatimah. Tiap kali aku keluar berjalan kaki dulu, aku pasti akan menjeling ke tingkap rumah Fatimah. Manalah tahu Fatimah ada di rumah, boleh aku jeling-jeling. Tapi ketika itu, aku berjalan kaki. Tiada motosikal untuk aku tayangkan.

Kini, aku boleh menunggang motosikalku dengan bangganya di hadapan rumah Fatimah. Sambil menekan minyak untuk menarik perhatian Fatimah. Sudah pasti awek cun kesukaan kampung aku ini akan cair melihat kehebatan aku menekan minyak motosikal di hadapan rumahnya. Oh bertuahnya aku nanti.

Hujung minggu yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Misi mengurat Fatimah sudah ku atur dengan rapi dan teliti. Baju bersterika. Rambut sikat tepi. Seluar denim biru gelap. Kaca mata hitam. Minyak wangi Adidas. Kasut juga, Adidas. Siap semuanya. “Kalau Fatimah nampak aku begini.. Wah.. Syurga..”

Bersambung – http://kisahqasihnadira.blogspot.com/

1 Comment(s)

  1. 4 May 2010

    […] This post was mentioned on Twitter by PaanMFR and PaanMFR, PaanMFR. PaanMFR said: MFR Blog: Cerpen Pautan: Aku Anak Derhaka http://cli.gs/n7nR5 […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Shares