Selamat Bersara Mak Ngah

Salam.

Hari ini merupakan hari terakhir mak berkhidmat sebagai penjawat awam. Gelaran mak ngah ini sebenarnya gelaran keluarga yang terus diadaptasi si pejabat terakhir mak, PPD Hulu Langat. Jika nak dijejak semula kerjaya mak ni, agak 1 Malaysia juga lah.. Bermula dengan pembantu tadbir di Sekolah Sri Puteri yang ketika itu digelar Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Jalan Kolam Ayer, Kuala Lumpur. Bukan calang2 sekolah beb.. sekolah kerabat raja ni. Okey, kemudian di Sekolah Cina di Batu 18 Langat (Tak ingat pula nama sekolah)

Lepas kami pindah Kajang, mak bekerja di Sekolah Menengah Jalan Bukit, Kajang, yang mana kebanyakan pelajarnya berbangsa India. Dan beberapa sekolah lagi sebelum menghabiskan sisa kerjayanya di PPD.

Semalam ada majis di PPD sempena persaraan mak. Seperti biasa, mak dapat hadiah. Ada hadiah telefon bimbit lagi tu.. tapi yang murah2 je la. Kira OK la tu. hari ni juga ada majlis oleh KEPTAN (Kesatuan Pembantu Tadbir) di mana mak memegang jawatan Pengerusi Keptan Hulu Langat sejak 2003 hingga hari ini.

Ahad ni pula, tarikh rasmi mak bersara a.k.a hari lahir mak.. akan disambut di “Angkasa”

p/s – ape nak bagi hadiah ek? cadangan?

7 Responses to “Selamat Bersara Mak Ngah”

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Arkib
Linx Exchange
Tarikh Hari Ini